Thursday, June 25, 2020

Sapuan Fluorida untuk kanak-kanak


Assalamualaikum guys.. 

Siapa tahu pasal sapuan fluorida ni? Sejujurnya aku pun baru tahu pasal benda ni. Aku tahu benda ni daripada biras aku (kakak ipar suami aku). Dia pun baru tahu benda ni juga dari kakak dia. Eh semua pun baru tahu. Ada awareness ke pasal sapuan fluoride ni?

Ok first, sapuan fluorida atau varnis fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida - Google

Sepengetahuan aku, sapuan ni sepatutnya diambil sebelum gigi anak tumbuh, tapi boleh ja ambil walaupun gigi dah ada dan umur anak dalam lingkungan 6 tahun kebawah.

So, aku pun berniat lah nak bawa anak ke dental clinic untuk ambil sapuan fluorida ni, sebab takut lah juga nanti gigi awal-awal dah rosak. Setakat umur dia 10 bulan lebih ni, gigi dah tumbuh sebanyak 6 ketul. Kalau masa nak berus gigi dia tu ya ampun, menduga betul lah. menangis macam kena dera, dengan dia nak gigit jari bagai. Azab! fuhh!

Maka, di pagi hari jumaat yang lalu, aku pergi lah dental clinic kat Papar (Kg halaman suami) dan semua klinik yang aku pergi tidak menyediakan khidmat sapuan tersebut. Ada sorang doktor tu dia siap cakap, tak payah sapu, berus ja gigi anak tu. sama ja dengan sapuan fluoride tu. "eh kau ni"
Memang la dekat ubat gigi pun ada sejenis fluorida ni tapi kandungan dia tak lah sebanyak sapuan fluorida semata. haishh

Lepas tu, aku bawa juga anak pergi hospital kerajaan. Nurse pulak bagitahu yang sekarang ni hospital kerajaan juga tidak boleh memberikan khidmat sapuan fluorida tu sebab ekoran dari masalah covid19, pihak atasan telah membeku khidmat tersebut buat sementara waktu sehingga keadaan kembali normal seperti biasa. 
Kena tunggu lagi lah, sebab sapuan ni kena buat oleh jururawat pergigian atau doktor gigi terlatih. Benda ni tiada dekat farmasi yaa.

Buat masa ni kalau berus gigi memang aku tahan ja la kena 'bebel' (versi tangisan) oleh anak aku tu. alahaii..
Then, kena juga pantau pemakanan anak, jangan terlebih pulak nak bagi makan makanan yang manis-manis walaupun dia dah cukup manis!

kbye!


5 comments:

Unknown said...

👍

Cikgu Badar said...

Terbaik info... terima kasih atas perkongsian

Cik TK said...

Thanks for the info..! Saya pertama kali dengar pasal sapuan florida

Ms Zyra said...

Sesama cikgu!:)

wc Cik TK, kan. sama lah kita :)

Cikgu Badar said...

Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini