Friday, June 19, 2020

Suami kena Apendiks



Assalamualaikum guys..

Bulan Ramadhan tahun 2020 ni banyak memberi ujian kepada kita semua, untuk negara kita dan untuk dunia kita. Terutamanya untuk keluarga kecil ku. Yang mana suami terpaksa menjalani pembedahan apendiks dengan keadaan ibu dan anak aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku bertambah risau.

Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala.

Memandangkan kejadian ni berlaku semasa wabak Covid19 so, cabaran tu memang sangat menduga. Suami sorang-sorang kat hospital sana, aku tak dapat jaga sebab ada anak kecil yang tak sihat sebab demam tumbuh gigi dan ibu aku pun tak sihat juga. Ha combo! Lagi pun anak aku tu full breastfeeding. Susu botol memang tolak 100%. I is stress! Yaa salah aku juga sebab tak biasakan dengan susu botol. ok ini isu lain nanti kupas

Ada pengalaman lah nanti untuk anak keduahamboiiii

Nak dijadikan cerita,suami aku mengadu sakit perut yang amat dasyat pada pertengahan bulan puasa tu. Memula tu ingatkan sakit perut biasa sebab gastrik ke apa. So, bawa lah pergi klinik nak minta ubat gastrik. Selepas 2-3 hari sakit perut masih sama juga. 

Datang hospital pula, doktor cakap kat suami hanya mengalami kekejangan usus dan minta datang hospital semula kalau sakit tak hilang selepas di beri beberapa jenis ubat. Tetapi... selepas 2-3 hari sakit kat tepi kanan perut masih terasa malah lebih teruk. Dengan sakit yang melampau tu, suami gagahkan juga pergi hospital Kota Belud sorang-sorang, drive sorang-sorang k! kesian suami kiter bayangkan. Kat siapa ja nak minta teman, suami kata larat lagi. Dah lah  musim Covid19, kena kuarantinkan diri melainkan ada hal kecemasan. Tak boleh keluar ramai-ramai. 

Then, di hospital doktor pun sahkan yang suami ada apendiks dan kemungkinan akan dibedah jika terlampau teruk (tak tahu lah macam mana definisi teruk bagi doktor tu). Tapi masalah yang paling mengundang suami nak kena hantar ke hospital besar (jumpa doktor pakar) di Queen Elizebeth 2 di Kota Kinabalu. KB-KK ada lah sejam setengah perjalanan. Aku sebagai isteri rasa dah macam tak guna sangat sebab tak dapat teman suami ketika susah. tsk tsk

Selama 3 hari admit di QEH2, doktor pakar buat CT scan untuk double confirm sama ada, terdapat komplikasi lain lagi seperti batu karang atau memang apendiks sahaja. dah berapa kali asyik cek saja. Dan hasilnya suami memang mengalami apendiks dan lebih parah lagi apendiks tu dah pecah kat dalam! tu la asyikkk cek saja, scan sana sini mana benda tu tak pecah!

aku angin betul ! Lebih angin lagi, doktor-doktor tu hanya bagi ubat antibiotik ja kat suami lepas tu dah boleh keluar hospital. Apa? habis sakit nie macam mana? Pembedahan tak buat pun. Doktor kata apendiks yang sudah pecah tu boleh dikeluarkan melalui najis sebab tu bagi ubat antibiotik ja. What?! Diorang macam pandang ringan ja dengan kesakitan orang lain.

Ok positif, mungkin disebabkan masalah Covid19 doktor tidak mahu ambil sebarang risiko. Doktor pun ada jelaskan mungkin akan berlaku penyebaran virus semasa pembedahan dijalankan. Logik? ntah lah. Tapi masalahnya takkan nak biarkan ja pesakit dalam kesakitan. sakit tu bukan sakit biasa juga! kau mampu menahan sakit berhari-hari? Huhh!

Lepas discharge tu, QEH2 call suami kata ada review semula untuk next month nya sama ada masih sakit ataupun tak. Wait. What? next month? are you kidding me? eh kau gilaaaaa nak tahan sakit perut tu sampai tunggu review kau next month? I kenot la doktor!

Fikir punya fikir, daripada kena tahan sakit berminggu. kau datang hospital kerajaan pun sama ja, tak membantu langsung! datang klinik swasta pula disuruhnya cek lebih lanjut kat hospital. So, kami pun decide untuk warded kat hospital swasta. Di KPJ Sabah nun. 

Admit kat specialist hospital memang kau kena layan macam putera raja la kan, siap boleh pilih sendiri doktor siapa kau nak untuk buat pembedahan tu. saya newbie Kitorang pilih doktor Zamri yang memang softspoken. terbaik doktor thumbs up! Memandangkan result dari QEH2 dah memang ada mengatakan suami kena apendiks so, cuma cek darah dan segala macam tekanan untuk persediaan pembedahan pada keesokan harinya.

Pembedahan tu agak lama juga dalam 4 jam sebab suami kena potong sampai 2 line kat perut. 1 line pendek melintang kat tepi sebelah kanan perut dan 1 line lagi memanjang kat tengah-tengah perut. Doktor kata terpaksa potong kat tengah untuk open surgery sebab apendiks yang pecah tu dah kemana jalannya kat dalam perut tu. Tu yang kena teroka habis. Fuhh!

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar sehinggalah discharge. Sepanjang warded suami tak keseorangan lah. Nasib ada abang-abang ipar aku (abang suami) bergilir untuk tolong menjaga suami. Thanks a lot!

Kos untuk pembedahan pula mahal namatey!ada lah RM21 ribu++ standard lah kan hospital swasta. Apa-apa pun yang penting semua dah selamat. Harapkan hospital kerajaan masa tu ntah-ntah apendiks tu sempat merebak dengan lebih luas dikawasan lain. Hospital kerajaan ok cuma mungkin waktu kami ia tidak berapa memuaskan memandangkan dalam musim wabak Covid19 semua lebih berhati-hati. so sad!

Kat rumah pula, aku jadi nurse terjun lah untuk jaga dan gantikan tampalan kapas kat perut suami. Seriau gilaaaa! rutin yang mencemaskan setiap kali bila kau kena korek sedikit bahagian dalam perut tu untuk digantikan kapas baru dan bersihkan luka kat dalam tu. OhMaii. Maknanya kat hujung line yang dipotong tadi doktor biarkan ada lubang kecil (2 inci macam tu), tak jahit sebab untuk mengeluarkan lebihan air atau darah yang akan mengalir keluar dari celahan lubang tersebut. pheww!

Akhir kata, sentiasa bersangka baik dengan ujian yang Allah SWT beri ini sebagai tanda peringatan dan juga kasih sayang Nya kepada kita kerana dalam setiap ujian yang kita hadapi terdapat banyak lubuk pahala :)

Untuk Ramadhan tahun ini pula aku sekeluarga menganggap ujian yang Allah SWT berikan sebagai satu rahmat daripada Nya. Semoga semua baik-baik dan sihat walafiat sahaja!



No comments: