Assalamualaikum guys.
Ini mukadimah atau cerita ringkas sahaja.
So. ni ada la nak cerita kat korang sikit pasal BELAJAR SEPARUH MASA ni.. lama menyepi tetiba nak cerita eh sebenarnya bukanlah nak cerita apa sangat pun. cuma lebih kepada nak meluah peraaan yang terbuku setelah sekian lama kononya. hehehe
Cerita dia macam ni, ni memang cerita lama k. laaaaamaaa gilaaaa tapi nak juga kongsi tak pasti jangan kongsi eh teriklan sebab tetiba rasa nak menulis. Walaupun blog ni dah berhabuk bersawang bagai. Kesah pulak aku. hehh.
Ok now! first of all, i am a married woman with one child for now aku terbuka hati nak sambung belajar ni masa tahun 2016. Masa tu aku anak dara lagi, belum berkahwin. so apa ada hal kan nak sambung belajar bebas dari sebarang komitmen kot. Aku cuma fikir pergi kerja lepas tu hujung minggu pergi belajar. Tapi tu laa kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan.
Masa zaman forever alone tu, aku kerja + belajar. Aku sebenarnya kalau ikutkan perkiraan normal untuk umur sambung belajar tu aku memang dah lewat beberapa tahun sebab aku nekad tak nak pinjam PTPTN sebab aku bukan jenis yang suka berhutang. Jadi, aku pun kerja lah dulu kan. Dah ada duit baru sambung belajar.
Yes, sambung belajar bila-bila pun boleh tak kira lah umur kau berapa kan. Tapi BAGI AKU.... alaa masing-masing ada alasan yang tersendiri. hehehe
Eh eh tetiba tahun 2018 tu aku terkahwin pulak. aipp lain macam bunyinyaa.hahaha.. ok lah dah sampai seru@jodoh nak kahwin sebab banyak faktor yang menyumbang aku ke arah tu contohnya macam faktor umur, faktor tak boleh bercinta lama-lama dan sebagainya. Hieeee peace Masa kahwin tu aku belum habis belajar lagi.
Lepas kahwin tu semestinya dah ada anak kan. Tak kuasa lah nak merancang bagai sebab umur pun masa tu dah tersasar dari RANCANGAN KEHIDUPAN SEORANG AZIRAH. hihihi... So, aku kahwin lah, sebab banyak lagi matlamat-matlamat yang akan dicapai seperti anak 5-6 orang. Wakakakakaka..
Rupa-rupanya, TAK MUDAH gais belajar (assignments) + urus suami + urus anak segala. Serius TAK MUDAH. Bagi aku laa.. Akuu. Kalau orang lain mungkin GAMPANG AJA tapi bagi aku ini benar-benar ujian. huhuhu
Walaupun lepas kahwin, aku dah tak kerja, kira jadik surirumah sepenuh masa laki aku tak bagi aku kerja Dia punya penat lain macam gais.. Memang lain macam.. Penat yang tiada rehat mungkin. Eh memang penat laa. kau nak aku ulas macam mana lagi penat dia. eh surirumah tu kerja jugak la kan.
Tapi aku memang kena hadap dengan hati yang tabah lah kan. dah ini jalan yang aku pilih. Kena la terima cabaran ni kan. Banyak pulak kan nya tapi tu lah nak hadapnya tuuu.. STRUGGLE IS REAL! Fuhhh... Semua orang pun ada struggle dia masing-masing. cuma bagi aku ini kira struggle paling struggle kot aku rasa. Banyak-banyakkan berdoa lah. Semoga dikurniakan kekuatan yang melampau untuk hadap setiap ujian yang kita hadap.
Sebenarnya banyak cerita yang kosong kan kat atas tu. Banyak persoalan juga, masa mula belajar tu umur berapa? kahwin tu umur berapa yang nak risau sangat kan. Tapi nanti la cerita dengan lebih jelas lagi kat post lain. hihihi.. Tapi tak tahu la bila post lainnya tu.
'
Sekian
Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment