Thursday, June 25, 2020

Sapuan Fluorida untuk kanak-kanak


Assalamualaikum guys.. 

Siapa tahu pasal sapuan fluorida ni? Sejujurnya aku pun baru tahu pasal benda ni. Aku tahu benda ni daripada biras aku (kakak ipar suami aku). Dia pun baru tahu benda ni juga dari kakak dia. Eh semua pun baru tahu. Ada awareness ke pasal sapuan fluoride ni?

Ok first, sapuan fluorida atau varnis fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida - Google

Sepengetahuan aku, sapuan ni sepatutnya diambil sebelum gigi anak tumbuh, tapi boleh ja ambil walaupun gigi dah ada dan umur anak dalam lingkungan 6 tahun kebawah.

So, aku pun berniat lah nak bawa anak ke dental clinic untuk ambil sapuan fluorida ni, sebab takut lah juga nanti gigi awal-awal dah rosak. Setakat umur dia 10 bulan lebih ni, gigi dah tumbuh sebanyak 6 ketul. Kalau masa nak berus gigi dia tu ya ampun, menduga betul lah. menangis macam kena dera, dengan dia nak gigit jari bagai. Azab! fuhh!

Tuesday, June 23, 2020

Drypers Baby Club

Assalamualaikum guys..

Hari ni aku nak share pasal 'Drypers baby club'. Aku percaya ramai ja mak-mak yang dah tahu pasal benda ni kan. Aku sorang ja la yang baru tahu pasal ni? alahaii malu i. hihihi

Al-kisahnya, aku ternampak post status kakak ipar aku kat whatsapp yang mengatakan anak dia dapat mainan baru hasil daripada menebus point dari pempers drypers yang sekian lama dia kumpul. Aku pun laju lah tanya dia macam-macam. Dah alang-alang aku pun guna brand Drypers kan. Dan aku macam "ouhhhhhhhhhh baru tahu wujud benda gini" alahaii..

Sebagai pengguna tegar brand Drypers ni (sekarang lah, sebelum ni ada juga guna brand lain, tapi tak  berapa berkenan sebab tu tukar brand dan brand Drypers ni yang bertahan sehingga sekarang) 
Aku pun gigih lah juga mendaftarkan diri dekat https://www.drypers.com.my/ 
dan isi borang yang macam dekat bawah ni untuk registration. Then, selepas dah siap isi semua, klik lah 'register'  dekat bawah sekali.


Sunday, June 21, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 2)


Assalamualaikum guys..

Ok jom kita sambung cerita pasal benda remeh ni. hehehe. Kita buang masa sikit k!

First, macam mana aku boleh terjebak nak sambung belajar waktu umur aku 24 tahun. Bagi aku kira lewat juga lah kan sebab "Rancangan Hidup Seorang Azirah" ialah nak kahwin pada umur 25 tahun. hehehe. Tapi aku gagahkan jua mungkin itu adalah rancangan yang Allah SWT  aturkan untuk aku. aku redha! just follow the flow lah.

 Tapi, masa tu aku memang dah nekad habis nak sambung belajar sebab bila lagi kan dapat peluang macam tu. Peluang keemasan untuk tunaikan impian yang lama tertangguh iaitu sambung belajar. Dapatkan ijazah.

Lagipun hujung minggu sahaja, yuran pun masih boleh tanggung sendiri. Menariknya ada kelonggaran untuk bayar yuran secara ansuran dengan syarat-syarat tertentu. so, aku memang boleh hadap. Aku kena berani ja untuk mencuba, berusaha dan berjaya. InshaAllah.

Masa tu aku single and available. Macam aku cakap aku bebas dari sebarang komitmen. So, just grab it! Jom study! 

********************

Friday, June 19, 2020

Suami kena Apendiks



Assalamualaikum guys..

Bulan Ramadhan tahun 2020 ni banyak memberi ujian kepada kita semua, untuk negara kita dan untuk dunia kita. Terutamanya untuk keluarga kecil ku. Yang mana suami terpaksa menjalani pembedahan apendiks dengan keadaan ibu dan anak aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku bertambah risau.

Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala.

Memandangkan kejadian ni berlaku semasa wabak Covid19 so, cabaran tu memang sangat menduga. Suami sorang-sorang kat hospital sana, aku tak dapat jaga sebab ada anak kecil yang tak sihat sebab demam tumbuh gigi dan ibu aku pun tak sihat juga. Ha combo! Lagi pun anak aku tu full breastfeeding. Susu botol memang tolak 100%. I is stress! Yaa salah aku juga sebab tak biasakan dengan susu botol. ok ini isu lain nanti kupas

Ada pengalaman lah nanti untuk anak keduahamboiiii

Nak dijadikan cerita,suami aku mengadu sakit perut yang amat dasyat pada pertengahan bulan puasa tu. Memula tu ingatkan sakit perut biasa sebab gastrik ke apa. So, bawa lah pergi klinik nak minta ubat gastrik. Selepas 2-3 hari sakit perut masih sama juga. 

Wednesday, June 17, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 1)


Assalamualaikum guys.

Ini mukadimah atau cerita ringkas sahaja.

So. ni ada la nak cerita kat korang sikit pasal BELAJAR SEPARUH MASA ni.. lama menyepi tetiba nak cerita eh sebenarnya bukanlah nak cerita apa sangat pun. cuma lebih kepada nak meluah peraaan yang terbuku setelah sekian lama kononya. hehehe

Cerita dia macam ni, ni memang cerita lama k. laaaaamaaa gilaaaa tapi nak juga kongsi tak pasti jangan kongsi eh teriklan sebab tetiba rasa nak menulis. Walaupun blog ni dah berhabuk bersawang bagai. Kesah pulak aku. hehh.

Ok now! first of all, i am a married woman with one child for now aku terbuka hati nak sambung belajar ni masa tahun 2016. Masa tu aku anak dara lagi, belum berkahwin. so apa ada hal kan nak sambung belajar bebas dari sebarang komitmen kot. Aku cuma fikir pergi kerja lepas tu hujung minggu pergi belajar. Tapi tu laa kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan.

Masa zaman forever alone tu, aku kerja + belajar. Aku sebenarnya kalau ikutkan perkiraan normal untuk umur sambung belajar tu aku memang dah lewat beberapa tahun sebab aku nekad tak nak pinjam PTPTN sebab aku bukan jenis yang suka berhutang. Jadi, aku pun kerja lah dulu kan. Dah ada duit baru sambung belajar.