Sunday, June 21, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 2)


Assalamualaikum guys..

Ok jom kita sambung cerita pasal benda remeh ni. hehehe. Kita buang masa sikit k!

First, macam mana aku boleh terjebak nak sambung belajar waktu umur aku 24 tahun. Bagi aku kira lewat juga lah kan sebab "Rancangan Hidup Seorang Azirah" ialah nak kahwin pada umur 25 tahun. hehehe. Tapi aku gagahkan jua mungkin itu adalah rancangan yang Allah SWT  aturkan untuk aku. aku redha! just follow the flow lah.

 Tapi, masa tu aku memang dah nekad habis nak sambung belajar sebab bila lagi kan dapat peluang macam tu. Peluang keemasan untuk tunaikan impian yang lama tertangguh iaitu sambung belajar. Dapatkan ijazah.

Lagipun hujung minggu sahaja, yuran pun masih boleh tanggung sendiri. Menariknya ada kelonggaran untuk bayar yuran secara ansuran dengan syarat-syarat tertentu. so, aku memang boleh hadap. Aku kena berani ja untuk mencuba, berusaha dan berjaya. InshaAllah.

Masa tu aku single and available. Macam aku cakap aku bebas dari sebarang komitmen. So, just grab it! Jom study! 

********************

Dalam masa tu aku memang rasa seperti pelajar yang sangat-sangat bersemangat belajar. Kesibukan melanda diri, ya lah, isnin-jumaat aku pergi kerja. Hujung minggu pula iaitu pada hari sabtu dan ahad aku pergi menimba ilmu dekat UMS. Seminggu jadual aku padat dan sendat. hieee. Tiada cuti. Masa berehat hanya waktu malam dan juga sekiranya ada kelas batal. Come on time, fight me!

Untuk course pula, aku ambil course banking. Aku minat tapi dah lama-lama ni aku rasa macam eh menyesalnya ambil course nie. Susah gila! rasa macam merudum terus semangat yang berkobar-kobar masa memula nak sambung belajar. Ntah la rasa up and down saja. Mana lah  hilangnya semangat aku yang satu tu? hello..? anybody there??

 Tapi tolong positifkan diri sendiri Azirah. Move yourself!

Untuk course tu, bilangan semester yang ditawarkan ialah 10 semester sama dengan lima tahun. What?! lamanyaaaa. Tapi tak apa lah. Belajar nie tak mengira umur kan sama macam cinta juga kan tak mengenal usia ambik hati sendiri

Menjalani kehidupan hujung minggu sebagai seorang pelajar tu membuatkan aku rasa sangat seronok. Aku dapat baaanyak pengalaman baru, kenal kawan baru, dapat ilmu baru, dan merasa juga ikut macam-macam aktiviti. Ya Allah best nya bergelar pelajar semula. Yang paling pentig pergi mana-mana boleh dapat diskaun pelajar! Hahahahahahaahaha.. Serius!

Selepas 2 tahun. Pada tahun 2018, eh eh jodoh dah datang lah. So, masa umur 26 tahun, dan pelajaran ada lagi baki 2 tahun aku dengan rasminya menamatkan zaman bujang. Lambat setahun dari perancangan diri sendiri. Allah SWT izinkan. Alhamdulillah.

********************

Mestilah dah fikir masak-masak kan pasal nak kahwin walaupun belum tamat belajar. Jodoh dah sampai. Kaut ja. takkan nak tunggu sampai habis belajar. Tua la aku. Mana nak fikir pasal anak lagi. Eh! hihihi.. tapi semua tu memang kena fikir juga kan, untuk masa depan sendiri bukan orang lain. Tak apa. InshaAllah boleh handle. Matlamat tu penting.

Lepas kahwin aku pun automatik jadi surirumah sepenuh masa. Jaga makan pakai suami dan jaga anak. Hujung minggu, kadang suami aku akan jaga anak, kadang family kitorang. Pergi kelas pula, suami dan anak aku hantar atau aku drive sendiri.
Struggle paling besar sekali ialah dalam kelas pun aku rindu gilaaa dengan anak aku. Simptom mak-mak. sobs... FOKUS Azirah!

Tapi alhamdulillah again. Suami memang seorang yang memahami. Sangat! Kadang-kadang tu aku suruh dia buat assignment aku (aku minta tolong sikit ja la). Nanti pepandai lah bagi upah. hahahahahah~

Tapi kan sekarang kan tipu la aku cakap kalau tak pernah rasa give up. huhh. Setan semua niehh! Nasib suami dan kawan-kawan bagi kesedaran semula untuk jangan mudah putus asa. Ingat balik semangat yang awal-awal nak sambung study! Sekejap ja lagi perjalanan ni. Tempuhi lah dengan tabah, walaupun terpaksa. Nanti akhirnya mesti akan rasa manis nya kejayaan yang telah dicapai. Macam timbul pelangi selepas hujan gitew!

Positif.. Positif.. Positif.. Nanti dah habis belajar confirm rindu nak belajar balik. Tapi sekarang tak! hahahaha perang perasaan

Well, struggle is really really Real. Thats it!
  
"Struggles are required in order to survive in life, because in order to stand up, you gotta know what falling down is like" - twitter


No comments: