Assalamualaikum guys..
Hari ni aku nak share pasal 'Drypers baby club'. Aku percaya ramai ja mak-mak yang dah tahu pasal benda ni kan. Aku sorang ja la yang baru tahu pasal ni? alahaii malu i. hihihi
Al-kisahnya, aku ternampak post status kakak ipar aku kat whatsapp yang mengatakan anak dia dapat mainan baru hasil daripada menebus point dari pempers drypers yang sekian lama dia kumpul. Aku pun laju lah tanya dia macam-macam. Dah alang-alang aku pun guna brand Drypers kan. Dan aku macam "ouhhhhhhhhhh baru tahu wujud benda gini" alahaii..
Sebagai pengguna tegar brand Drypers ni (sekarang lah, sebelum ni ada juga guna brand lain, tapi tak berapa berkenan sebab tu tukar brand dan brand Drypers ni yang bertahan sehingga sekarang)
Aku pun gigih lah juga mendaftarkan diri dekat https://www.drypers.com.my/
dan isi borang yang macam dekat bawah ni untuk registration. Then, selepas dah siap isi semua, klik lah 'register' dekat bawah sekali.
Lepas dah register tu, bolehlah masukkan code yang terdapat dalam plastik pempers Drypers tu dalam ruang yang disediakan sebagai 'code register'. Sekaligus dapatlah first point dalam 350points (aku punya). Tapi ini khas untuk siapa yang pakai pempers brand Drypers ja tau. Brand lain tak boleh sesuka hati masuk sinik.. hehe
See, gigih aku bongkar plastik pempers untuk cari code dalam tu.. Yang si kecik tu pun join sekaki sekali..
Terasa sayang pulak plastik pempers sebelum ni yang dibuang macam tu saja. haihhh. Mana lah aku tahu wujud code penting dalam plastik tu. Well, i'm a new mother. hihihi
Lepas ni kalau dah beli pempers baru, ambil code dulu untuk tujuan pengumpulan. Sekurang-kurangnya dapat lah pulangan nanti kalau dah boleh tebus apa-apa benda yang ditawarkan oleh Drypers. Gitew!
Selain daripada aktiviti mengumpul points, dalam website Drypers tu jugak, banyak info-info yang boleh dibaca untuk lebih faham tentang pempers Drypers ni dan baby. Mana yang kita tak berapa yakin atau kurang pasti bolehlah lawat website Drypers untuk keterangan lebih lanjut,
No comments:
Post a Comment