Tuesday, June 23, 2020

Drypers Baby Club

Assalamualaikum guys..

Hari ni aku nak share pasal 'Drypers baby club'. Aku percaya ramai ja mak-mak yang dah tahu pasal benda ni kan. Aku sorang ja la yang baru tahu pasal ni? alahaii malu i. hihihi

Al-kisahnya, aku ternampak post status kakak ipar aku kat whatsapp yang mengatakan anak dia dapat mainan baru hasil daripada menebus point dari pempers drypers yang sekian lama dia kumpul. Aku pun laju lah tanya dia macam-macam. Dah alang-alang aku pun guna brand Drypers kan. Dan aku macam "ouhhhhhhhhhh baru tahu wujud benda gini" alahaii..

Sebagai pengguna tegar brand Drypers ni (sekarang lah, sebelum ni ada juga guna brand lain, tapi tak  berapa berkenan sebab tu tukar brand dan brand Drypers ni yang bertahan sehingga sekarang) 
Aku pun gigih lah juga mendaftarkan diri dekat https://www.drypers.com.my/ 
dan isi borang yang macam dekat bawah ni untuk registration. Then, selepas dah siap isi semua, klik lah 'register'  dekat bawah sekali.


Sunday, June 21, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 2)


Assalamualaikum guys..

Ok jom kita sambung cerita pasal benda remeh ni. hehehe. Kita buang masa sikit k!

First, macam mana aku boleh terjebak nak sambung belajar waktu umur aku 24 tahun. Bagi aku kira lewat juga lah kan sebab "Rancangan Hidup Seorang Azirah" ialah nak kahwin pada umur 25 tahun. hehehe. Tapi aku gagahkan jua mungkin itu adalah rancangan yang Allah SWT  aturkan untuk aku. aku redha! just follow the flow lah.

 Tapi, masa tu aku memang dah nekad habis nak sambung belajar sebab bila lagi kan dapat peluang macam tu. Peluang keemasan untuk tunaikan impian yang lama tertangguh iaitu sambung belajar. Dapatkan ijazah.

Lagipun hujung minggu sahaja, yuran pun masih boleh tanggung sendiri. Menariknya ada kelonggaran untuk bayar yuran secara ansuran dengan syarat-syarat tertentu. so, aku memang boleh hadap. Aku kena berani ja untuk mencuba, berusaha dan berjaya. InshaAllah.

Masa tu aku single and available. Macam aku cakap aku bebas dari sebarang komitmen. So, just grab it! Jom study! 

********************

Friday, June 19, 2020

Suami kena Apendiks



Assalamualaikum guys..

Bulan Ramadhan tahun 2020 ni banyak memberi ujian kepada kita semua, untuk negara kita dan untuk dunia kita. Terutamanya untuk keluarga kecil ku. Yang mana suami terpaksa menjalani pembedahan apendiks dengan keadaan ibu dan anak aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku bertambah risau.

Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala.

Memandangkan kejadian ni berlaku semasa wabak Covid19 so, cabaran tu memang sangat menduga. Suami sorang-sorang kat hospital sana, aku tak dapat jaga sebab ada anak kecil yang tak sihat sebab demam tumbuh gigi dan ibu aku pun tak sihat juga. Ha combo! Lagi pun anak aku tu full breastfeeding. Susu botol memang tolak 100%. I is stress! Yaa salah aku juga sebab tak biasakan dengan susu botol. ok ini isu lain nanti kupas

Ada pengalaman lah nanti untuk anak keduahamboiiii

Nak dijadikan cerita,suami aku mengadu sakit perut yang amat dasyat pada pertengahan bulan puasa tu. Memula tu ingatkan sakit perut biasa sebab gastrik ke apa. So, bawa lah pergi klinik nak minta ubat gastrik. Selepas 2-3 hari sakit perut masih sama juga. 

Wednesday, June 17, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 1)


Assalamualaikum guys.

Ini mukadimah atau cerita ringkas sahaja.

So. ni ada la nak cerita kat korang sikit pasal BELAJAR SEPARUH MASA ni.. lama menyepi tetiba nak cerita eh sebenarnya bukanlah nak cerita apa sangat pun. cuma lebih kepada nak meluah peraaan yang terbuku setelah sekian lama kononya. hehehe

Cerita dia macam ni, ni memang cerita lama k. laaaaamaaa gilaaaa tapi nak juga kongsi tak pasti jangan kongsi eh teriklan sebab tetiba rasa nak menulis. Walaupun blog ni dah berhabuk bersawang bagai. Kesah pulak aku. hehh.

Ok now! first of all, i am a married woman with one child for now aku terbuka hati nak sambung belajar ni masa tahun 2016. Masa tu aku anak dara lagi, belum berkahwin. so apa ada hal kan nak sambung belajar bebas dari sebarang komitmen kot. Aku cuma fikir pergi kerja lepas tu hujung minggu pergi belajar. Tapi tu laa kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan.

Masa zaman forever alone tu, aku kerja + belajar. Aku sebenarnya kalau ikutkan perkiraan normal untuk umur sambung belajar tu aku memang dah lewat beberapa tahun sebab aku nekad tak nak pinjam PTPTN sebab aku bukan jenis yang suka berhutang. Jadi, aku pun kerja lah dulu kan. Dah ada duit baru sambung belajar.

Sunday, May 19, 2019

Anak dara belajar tinggi-tinggi akhirnya masuk dapur juga





"Anak dara belajar tinggi-tinggi akhirnya masuk dapur juga" Got this statements from my makcik-makcik. Tapi no wonder la , makcik mana pun orang tua dulu-dulu mesti akan cakap benda macam ni . So sad ! Ketertutupan minda ka apa ni .
Tapi mau salahkan mereka tak boleh juga , sebab mereka pun dibiasakan dan dibesarkan dengan ayat-ayat macam tuu . sebabnya ?? Perempuannnn . Hmmm .


But tu dulu la kan . Zaman moden sekarang mana la berkesan ayat macam tu . Kau tak belajar kau mau carik kerja macam mana kan . Nowadays all about education guys. Even kerja biasa pun mcm kerja dekat restauran pun perlu kau punya spm. Haaa macam mana.

Tapiiiii 'education'tu lah yg akan membezakan dapur dia besar mana?? setuju ??


Education tinggi tinggi kahwin dengan lelaki tak berguna agak agak berapa besar dapur dia? Lelaki tu bergaji besar pon dapur dia tu cash ke loan? Belajar tak sama dengan bekerja. Pelajaran yang tinggi melangit tidak menjamin sesuatu pekerjaan tapi nilai diri, harga diri, sikap kita yang akan menjadi jaminan.

Contoh la kan, Doktor PhD yang malas dengan kerani pejabat yang rajin dan hanya belajar takat Diploma, mana yang lebih bagus? Fikirkan. Maaf andai salah silap. Yang buruk itu kekhilafan saya, yang baik itu dari Allah. Renung renungkan dan selamat beramal.


Sunday, October 8, 2017

Iam back. Alkisah terkembalinya blog ini

Assalamualaikum wbt . 

Alhamdulillah blog yang telah lama tidak berpenghuni dan terbiar nie wujud kembali (gara-gara lupa segala-galanya) Hahahaha . 
Hmmmm . Setelah bertahunnnnnnnn . Maka malam ini diisytiharkan saya kembali. Hihihi . InshaAllah akan lebih aktif dan uptodate. Dan yang pastinya, inshaAllah juga tulisan akan lebih diperbaiki dan dipadukan . Harap konsisten la hendaknyaa .

AND NOW I AM BACK BABY !!!
#rindublog 

Rindu banyak~banyak menulis + bercerita apa semua . Dulu kalau rindu menulis mesti visit blog nie tapi tak bole sign in sebab kan suda bagitau lupa segala-gala nya . Nie pun gigih ingat balik sebab tadi tengah bercerita pasal dunia blog dengan En. B, tu yang segenap ruang rindu yang amat tebal dengan blog tu datang .  . Maka usaha tangga kejayaan tu termakbul . Alhamdulillahhhhhh . Lompat bintangTadah tangan

Sebelum nie terfikir juga mau buat blog baru kan tapi ntah la . Mau juga kot blog lama, so kita redha, kita rasa putus asa pun dia juga . Tetapi malam nie ??? Sejarahhh betul laa bole kembali lagi. Hahahahaha. Like MissYouSoMuchBlog !! Tak habis rindu lagi weii . *hugs handphone*
Punya la janggal taip guna handphone . Tapi terpaksa selesakan jua demi melancarkan entry paling terbaru tahun ini . Hahahaha . Redha is awesome ! Nda pa lepas nie kita sesuaikan diri dengan mana-mana keadaan keyyy . Sado + support diri sendiri yang penting !!

Bole la tidur dengan lebih senyuman malam nie . Mimpi seindah~indahnyakan . *smile
Harap-harap semua akan ok dan dipermudahkan . Hobi lama datang lagi . Mohon kekal yaa . *im begging . Wuuuuuuu . 
Goodnight ^_^
081017 ~ 0020


Tuesday, May 12, 2015

Tolong berdikari sendiri, boleh ?

Benda nie kan sebenarnya semua orang da tau , tapi masih juga tak faham-fahamkan .. masih juga nak menyusahkan orang lain semata-mata untuk kesenangan diri sendiri .. mana aci macam tu .. orang lain punya usaha kau pula yang bersenang-lenang . 

Nak kata OKU pun tak juga , normal ja dari aspek fizikal tapi dari segi mental mungkin ada ting tong sikitkan .. eya laa,, da fikir kepentingan diri ja mesti la ada sakit mental tu .. 'selfish' betoll

Sebenarnya orang yang jenis nak bergantung harap dengan org lain nie kan, bole buat semua benda cuma ada sifat Mazmumah yg amat tebal dlm diri iaitu sikap MALAS nak berusaha ! atau mmg itu kot sikap dia sejak azali lagi .. TAPI mustahil laa kn.. 

Aku sebenarnya malas nak layan jenis org bersifat negatif mcm nie tapi apsal la jenis nie juga la yang ada di sekeliling aku nie . stress laa ! nak bagi nasihat 'on direct' takut kang bunuh diri .. bhahaha .. bahaya tau orang mcm nie .. 

Tapi seriusly , jenis orang mcm nie memang ada ja kat sekeliling aku nie ,, asal  tak dapat apa yg dia nak , mula la nak merajuk berbulan-bulan. adeyyyyy ..


Kau rasa nak buat apa dengan orang perangai cam nie ?? Tikamdia? Pedulikan ??  Okeh -.- 
s

Wednesday, March 12, 2014

Nilaian Mata Kasar


Sering kali mata kita silap menilai. hati kita silap menduga. Kita sering menyangka apa yang kita lihat itulah hakikat.. Namun sebenarnya hakikat yang dilihat itu tidak sama seperti hakikatnya yang sebenar. 

Sebatang pen yang dimasukkan dalam gelas berair kelihatan bengkok walhal ia lurus, bintang yang jauh kelihatan kecil di atas walhal besarnya beratus ganda dari bumi ini. 

Begitu juga la dengan arus dunia hari ini, seringkali kita menyangka bahawa rezeki kita berada ditangan manager kita, bos kita, syarikat kita yang berkerja. 
kita sihat kerana doktor bagi ubat. kita memandang yang kelihatan dengan mata kasar sehingga terlupa hakikat sebenar, hakikat di sebalik ujian yang kita hadap.

Semua itu kan sebagai perantara sahaja. Pemberi sebenar ialah Allah swt. malangnya pekerja yang kaya dengan rezeki yang Allah bagi namun tinggal solat, ingat solat tanda kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Muhasabah diri, kadang-kadang diri ini pun khilaf juga. Selalu saja nilaian mata kasar bertindak cepat membuat keputusan. Hasilnya nikmat yang Allah bagi terlupa sejenak. 

Sekadar berkongsi untuk memberi peringatan. Selagi bernama manusia kesilapan itu sering berlaku tapi berusaha belajar dari kesilapan lepas amat penting kerana dari silap itu kita belajar jadi matang.

#PrayforMH370 .. "jangan cakap 'prayforMH370' sahaja TAPI tadah tangannya tidak" ^__^