Tuesday, June 23, 2020

Drypers Baby Club

Assalamualaikum guys..

Hari ni aku nak share pasal 'Drypers baby club'. Aku percaya ramai ja mak-mak yang dah tahu pasal benda ni kan. Aku sorang ja la yang baru tahu pasal ni? alahaii malu i. hihihi

Al-kisahnya, aku ternampak post status kakak ipar aku kat whatsapp yang mengatakan anak dia dapat mainan baru hasil daripada menebus point dari pempers drypers yang sekian lama dia kumpul. Aku pun laju lah tanya dia macam-macam. Dah alang-alang aku pun guna brand Drypers kan. Dan aku macam "ouhhhhhhhhhh baru tahu wujud benda gini" alahaii..

Sebagai pengguna tegar brand Drypers ni (sekarang lah, sebelum ni ada juga guna brand lain, tapi tak  berapa berkenan sebab tu tukar brand dan brand Drypers ni yang bertahan sehingga sekarang) 
Aku pun gigih lah juga mendaftarkan diri dekat https://www.drypers.com.my/ 
dan isi borang yang macam dekat bawah ni untuk registration. Then, selepas dah siap isi semua, klik lah 'register'  dekat bawah sekali.


Sunday, June 21, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 2)


Assalamualaikum guys..

Ok jom kita sambung cerita pasal benda remeh ni. hehehe. Kita buang masa sikit k!

First, macam mana aku boleh terjebak nak sambung belajar waktu umur aku 24 tahun. Bagi aku kira lewat juga lah kan sebab "Rancangan Hidup Seorang Azirah" ialah nak kahwin pada umur 25 tahun. hehehe. Tapi aku gagahkan jua mungkin itu adalah rancangan yang Allah SWT  aturkan untuk aku. aku redha! just follow the flow lah.

 Tapi, masa tu aku memang dah nekad habis nak sambung belajar sebab bila lagi kan dapat peluang macam tu. Peluang keemasan untuk tunaikan impian yang lama tertangguh iaitu sambung belajar. Dapatkan ijazah.

Lagipun hujung minggu sahaja, yuran pun masih boleh tanggung sendiri. Menariknya ada kelonggaran untuk bayar yuran secara ansuran dengan syarat-syarat tertentu. so, aku memang boleh hadap. Aku kena berani ja untuk mencuba, berusaha dan berjaya. InshaAllah.

Masa tu aku single and available. Macam aku cakap aku bebas dari sebarang komitmen. So, just grab it! Jom study! 

********************