Sunday, June 21, 2020

Belajar Separuh Masa (Part 2)


Assalamualaikum guys..

Ok jom kita sambung cerita pasal benda remeh ni. hehehe. Kita buang masa sikit k!

First, macam mana aku boleh terjebak nak sambung belajar waktu umur aku 24 tahun. Bagi aku kira lewat juga lah kan sebab "Rancangan Hidup Seorang Azirah" ialah nak kahwin pada umur 25 tahun. hehehe. Tapi aku gagahkan jua mungkin itu adalah rancangan yang Allah SWT  aturkan untuk aku. aku redha! just follow the flow lah.

 Tapi, masa tu aku memang dah nekad habis nak sambung belajar sebab bila lagi kan dapat peluang macam tu. Peluang keemasan untuk tunaikan impian yang lama tertangguh iaitu sambung belajar. Dapatkan ijazah.

Lagipun hujung minggu sahaja, yuran pun masih boleh tanggung sendiri. Menariknya ada kelonggaran untuk bayar yuran secara ansuran dengan syarat-syarat tertentu. so, aku memang boleh hadap. Aku kena berani ja untuk mencuba, berusaha dan berjaya. InshaAllah.

Masa tu aku single and available. Macam aku cakap aku bebas dari sebarang komitmen. So, just grab it! Jom study! 

********************

Friday, June 19, 2020

Suami kena Apendiks



Assalamualaikum guys..

Bulan Ramadhan tahun 2020 ni banyak memberi ujian kepada kita semua, untuk negara kita dan untuk dunia kita. Terutamanya untuk keluarga kecil ku. Yang mana suami terpaksa menjalani pembedahan apendiks dengan keadaan ibu dan anak aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku bertambah risau.

Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala.

Memandangkan kejadian ni berlaku semasa wabak Covid19 so, cabaran tu memang sangat menduga. Suami sorang-sorang kat hospital sana, aku tak dapat jaga sebab ada anak kecil yang tak sihat sebab demam tumbuh gigi dan ibu aku pun tak sihat juga. Ha combo! Lagi pun anak aku tu full breastfeeding. Susu botol memang tolak 100%. I is stress! Yaa salah aku juga sebab tak biasakan dengan susu botol. ok ini isu lain nanti kupas

Ada pengalaman lah nanti untuk anak keduahamboiiii

Nak dijadikan cerita,suami aku mengadu sakit perut yang amat dasyat pada pertengahan bulan puasa tu. Memula tu ingatkan sakit perut biasa sebab gastrik ke apa. So, bawa lah pergi klinik nak minta ubat gastrik. Selepas 2-3 hari sakit perut masih sama juga.