Assalamualaikum guys..
Bulan Ramadhan tahun 2020 ni banyak memberi ujian kepada kita semua, untuk negara kita dan untuk dunia kita. Terutamanya untuk keluarga kecil ku. Yang mana suami terpaksa menjalani pembedahan apendiks dengan keadaan ibu dan anak aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku bertambah risau.
Alhamdulillah semua kembali seperti sedia kala.
Memandangkan kejadian ni berlaku semasa wabak Covid19 so, cabaran tu memang sangat menduga. Suami sorang-sorang kat hospital sana, aku tak dapat jaga sebab ada anak kecil yang tak sihat sebab demam tumbuh gigi dan ibu aku pun tak sihat juga. Ha combo! Lagi pun anak aku tu full breastfeeding. Susu botol memang tolak 100%. I is stress! Yaa salah aku juga sebab tak biasakan dengan susu botol.
Ada pengalaman lah nanti untuk anak keduahamboiiii
Nak dijadikan cerita,suami aku mengadu sakit perut yang amat dasyat pada pertengahan bulan puasa tu. Memula tu ingatkan sakit perut biasa sebab gastrik ke apa. So, bawa lah pergi klinik nak minta ubat gastrik. Selepas 2-3 hari sakit perut masih sama juga.