Assalamualaikum guys..
Siapa tahu pasal sapuan fluorida ni? Sejujurnya aku pun baru tahu pasal benda ni. Aku tahu benda ni daripada biras aku (kakak ipar suami aku). Dia pun baru tahu benda ni juga dari kakak dia. Eh semua pun baru tahu. Ada awareness ke pasal sapuan fluoride ni?
Ok first, sapuan fluorida atau varnis fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida - Google
Sepengetahuan aku, sapuan ni sepatutnya diambil sebelum gigi anak tumbuh, tapi boleh ja ambil walaupun gigi dah ada dan umur anak dalam lingkungan 6 tahun kebawah.
So, aku pun berniat lah nak bawa anak ke dental clinic untuk ambil sapuan fluorida ni, sebab takut lah juga nanti gigi awal-awal dah rosak. Setakat umur dia 10 bulan lebih ni, gigi dah tumbuh sebanyak 6 ketul. Kalau masa nak berus gigi dia tu ya ampun, menduga betul lah. menangis macam kena dera, dengan dia nak gigit jari bagai. Azab! fuhh!