Assalamualaikum guys.
Ini mukadimah atau cerita ringkas sahaja.
So. ni ada la nak cerita kat korang sikit pasal BELAJAR SEPARUH MASA ni.. lama menyepi tetiba nak cerita eh sebenarnya bukanlah nak cerita apa sangat pun. cuma lebih kepada nak meluah peraaan yang terbuku setelah sekian lama kononya. hehehe
Cerita dia macam ni, ni memang cerita lama k. laaaaamaaa gilaaaa tapi nak juga kongsi tak pasti jangan kongsi eh teriklan sebab tetiba rasa nak menulis. Walaupun blog ni dah berhabuk bersawang bagai. Kesah pulak aku. hehh.
Ok now! first of all, i am a married woman with one child for now aku terbuka hati nak sambung belajar ni masa tahun 2016. Masa tu aku anak dara lagi, belum berkahwin. so apa ada hal kan nak sambung belajar bebas dari sebarang komitmen kot. Aku cuma fikir pergi kerja lepas tu hujung minggu pergi belajar. Tapi tu laa kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan.
Masa zaman forever alone tu, aku kerja + belajar. Aku sebenarnya kalau ikutkan perkiraan normal untuk umur sambung belajar tu aku memang dah lewat beberapa tahun sebab aku nekad tak nak pinjam PTPTN sebab aku bukan jenis yang suka berhutang. Jadi, aku pun kerja lah dulu kan. Dah ada duit baru sambung belajar.