Thursday, January 17, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

ehemm2..hehe.. kebetulan g lawat blog akak Emas putih nie maka ternampak & terbaca lah segmen anjuran beliau..

Dan tercatat la kisah aku join segmen dia.. huhu..

Nak join juz klik the banner ya.. pEacE ^__~

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih



Tak sangka dia PENGKID !!

Haaa.. tak sangka aku dapat rasa pengalaman sendiri berdepan dengan golongan pengkid nie.. sebelum nie aku dengar dan baca sahaja. Tak sangka sekarang aku 'face to face' okeh !

Petang tadi aku keluar ngan kawan.. jalan punya jalan punya jalan.. hehe.. sambil 'window shopping' gitu.. alih2 kami terserempak ngan budak opis kawan aku tu.. penampilan dia agak ke-le-laki-an gitu tapi masih bole tau dia laki or perempuan.

Aku tau dia perempuan sebab aku pena jumpa dia..lagi pun kawan aku tu ada gitau juga tapi masa jumpa dulu tu kitorang tak bertegur la,, setakat berbalas senyum ja.. **senyuman tu kan satu sedekah** :)

TAPI bila terjumpa hari nie,, dia siap bawa berjabat tangan kaw ! mula2 tu terkejut juga sebab tiba2 ja.. aku sambut juga la lagi pun perempuan sama perempuan kan takkan nak tolak,, tak manis shungguh sikap gitu.. 

Masa bersalam tu dia cakap "hye, bole berkenalan?" Eh apsal kenyit2 mata segala niehh!
Aku pun senyum ja dan mula lah gelabah tapi tetap cool,, buat2 relax sebenarnya dalam hati huhh..nauzubillah.. 

Then tak abis lagi gelabah aku, dia tanya lagi "dah ada boyfriend ka?" "tinggal kat mana?"
gulpp..meremang bulu roma.. aku tarik kawan aku dan terus blah dari situ.. tinggalkan dia sorang2.. haishh.. bawa2 la bertaubat.. 

Lepas tu kawan aku cerita la kat aku tentang identiti pelik dia tu.. hmm.. hanya mampu berdoa supaya orang2 yang sesat nie kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.. 

~ Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa 9maksudnya0 : "Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang meyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

~ Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata (maksudnya) : "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (Riwayat Abu Daud dengan Sanad Sahih).

 semoga kita terhindar dari godaan syaitan yang bermacam2 bentuk dan rupa.. aamin..



Thursday, January 10, 2013

Makan.. Makan & Makan = Chubby


Hari nie makan petang aku agak 'double wow' gitu .. haha..
mana taknya order makanan cam tak makan tengah hari..  
hmm..apa bole buat kan 'permintaan perut' yang kosong..kosong.. hehe.. :P
so, antara makanan2 terpilih oleh tuan punya perut ialah : jeng..jeng..jenggg...

Teh Ais.. 

Kelapa Muda

Sate Ayam & Daging

ABC Milo [ first time tau & makan ABC nie ] sooo sadap !!

Nasi Goreng Pattaya **pebret & menu utama ku** ^__~

Jagung.. ( tuntutan nafsu makan semata2 )

ABC Buah Special.. slurpppp..*eh da macam megi pon ada cara bunyinya*

Mee Basah.. yummyyyyy



Suasana tepi pantai lagi.. **perghh..cuaca yang redup dan berangin macam nie maunya selera makan sama cam tok gajah** hahaha

# tempat aku bersantai dan makan petang nie di Anjung Perdana Tanjung Aru Beach.. ^___^
^^banyak kali datang tempat nie baru kali nie update kat blog^^ huhu.. gaya orang 'minta puji' ginie laa.. hahahaha...

## Eh.. bukan aku makan sorang tau,, ada beberapa ahli keluarga yang lain.. harap maklum..! hoho.. :P


apa apa pun masa nie kenyang sesangat..Alhamdulillah :) ..dan aku menjadi buncit 'seketika'.. haha..
Juz Remember 'SEKETIKA' cuma.. !! :))




Tuesday, January 8, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri ......


juz klik banner if u olls nak join this segment or klik sini.. yuppyyyy.. :))

Negeri : SABAH DI BAWAH BAYU ^___^

Apa yang best kat Sabah ?? 
semestinya . .  . . 

AMBUYAT .. yeahh. . . 

dan

KUIH PENJERAM.. wuhuuu.. :P

Hmm.. tempat yang kira best dan unik ialah. . .

RUMAH TERBALIK :)

Tag : Jue Jaynee 


Tuesday, January 1, 2013

Ala...Esok Sekolah. . .



Ishh.. apa nie mengeluh lak.. tak baik sungguh..! kang ilmu tak masuk baru tau.. hehe..
MUNGKIN gini la perasaan adik2 kita kn.. huhu.. 
tapi seriously,, aku dulu semangat gila nak gi sekolah tau..lebih2 lagi kalau semua benda yang diguna tu baru.. hahaha **wajib pecaya**

[ Rindu lak zaman sekolah dulu..banyak kenangan manis & pahitnya :'( ]




Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013 !!


 Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar
Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita
Dia tunggu Dia rindu... ^__^




Selamat Tahun Baru Semua.. !!

Semoga tahun 2013 akan jadi lebih baik dari tahun 2012 dan menjanjikan kebaikan buat diri sendiri khususnya dan sahabat2 semua.. aamin ~

** .. Selamat Datang 2013 .. Selamat Tinggal 2012 .. **

[Azam baru]

Friday, December 28, 2012

Tahu kah ??


‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW


8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW


# Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dari NYA bersama2.. insya Allah ^___^


❝ Kebesaran seseorang itu bergantung kepada qalbunya (hatinya), sedangkan hati itu hanya sekeping daging.. ❞

- SAIDINA ALI BIN ABI TALIB


Thursday, December 27, 2012

Wednesday, December 26, 2012


Bersabar Dan Tabah hadapi ujian dari Nya wahai teman.. 
Dia menguji kerana sayang pada mu.. 
Ingat lah.. Dia sentiasa ada di sisi kita walau kita sering lupa pada Nya..






Orang sabar selalu menang
Orang tamak selalu rugi
Orang marah selalu kalah
Orang baik selalu diuji.. !


[ hadapi ujian Nya dengan Iman .. ^___^ .. ]



Monday, October 8, 2012

1st Giveaway by Wani Izzati


meh ramai2 meh kita join segmen nie.. comel oo GA dia.. huhu.. aku nak yang kaler pink ya Wani_Izzati...haha.. kalau dapat laa!.. huhu

apa lagi korang buat tu.. klik banner bawah nie..ok tuan2 & puan2 sekalian.. ^___^


join cepat weii.. kang rugi naya ja.. hahahaha.. :P






Sunday, October 7, 2012

Giveaway By Izwan


haluu..haluuu.. hehe.. aku join segmen lagi.. segmen yang ke berapa pon aku tak tau.. haa,,segmen nie ada sorang kawan tu suru aku join,, aku join ja la.. kang tak join cakap aku tak support..!

almaklong la sementara masih rajin.. tak lupa juga bagi supported kan.... yang bestnya segmen nie lelaki yang anjur woo.. sebelum nie aku join segmen kaum aku ja..ada juga laki tapi bole kira la.. haha ^__^

eh..meh join sesama ya.. klik banner bawah nie... kalau korang tak klik aku majokkk seminggu.. hahaha.. :P

izwan+giveaway

Tamat pada 16/10/2012..

# korang lambat aku tak bertanggungjawab..! sapa suru sambil lewa.. haha.. wahhh...


Aku tak sabar nak dapat GA nie weii.. haha.. **masalahnya dapat ka?? haa itu yang kita tak tahu**







"Segment: Jom + Kawan by IehahFarihah"


tengah2 malam nie aku join segmen Cik Iehah kita nie.. tak dapt tido apa lagi join segmen kawan la..  huhu.. tak apa la yang penting join juga kan.. tanda supported gitu kan..kan..

apa lagi dok pikir dan tengok tu meh la join...eh ada hadiah tau... :P


meriah ja banner dia..hehe.. kalau nak join tu klik banner atas nie ya.. terima kasih.. haha.. wahhh..


jumlah follower terkini... ^___^


# 6 November 2012 tamat weiii....



**sapa lagi buat segmen tu ? meh aku join.. tengah rajin nie..!** 
# sentiasa menyokong korang #








Saturday, October 6, 2012

Alahaii Wanita .. ~


Salam cuti.. hehe.. salam sabtu.. ^__^ .. ehh2 nak pegi mana tuu.. soping? alaa tunggu la,, baca dulu luahan hatiku nie.. lepas tu kalau nak pegi mana2 pon pegi laa.. haha.. **aihh memaksa ka tu**

korang tahu ? tadi aku stalker fb kawan2 lama yang kenal dari kecik dan sejak sekolah rendah + menengah.. lama tak dengar khabar berita, walaupon tak secara formal/face to face tanya khabar tapi yang penting kita masih ambil tahu tentang dorang walaupon mereka2 tu MUNGKIN dah tak kenal kita..

tiba2 aku jadi emosi.. jadi sebak.. sedih.. dan seumpamanya... **berfikir betulkah kawan aku nie**
^
^
^
^

korang tahu aku juga seorang wanita..
fikiran, hati dan perasaan juga seperti wanita biasa..
wanita mana yang tak sedih, sebak dan kesian melihat kaumnya yang kebanyakannya hanyut
ke mana pergi harga diri mereka ? 
sungguh aku tidak sanggup melihat apa lagi wanita2 itu pernah menjadi teman sepermainan suatu ketika...

kau tahukah wanita..
dulu sebelum datangnya agama suci Islam, wanita seperti kita sangat RENDAH nilainya..
ibarat barang murah/bundle yang boleh dijual beli sesuka hati tanpa belas..

kau tahukah wanita..
pernah sahabat Nabi menanam puterinya hidup2 sebab MALU mempunyai anak perempuan..
bayangkan betapa hina dan keji yang namanya WANITA dizaman itu..

TETAPI setelah datangnya agama ISLAM..
darjat wanita telah diangkat setinggi-tingginya.. ^___^

**mood sebak kembali**

TAPI KINI adakah lagi harga nilai seorang wanita yang diangkat tinggi itu ?
apabila dirinya sendiri telah menghilangkan nilai itu dengan mendedahkan diri sehingga hilangnya harga diri.. 

kau tahukah wanita..
apa ertinya kecantikan jika tidak tahu jaga kehormatan diri..
dengan bangganya bersaing dengan kaum sejenis kerana merebut seorang LELAKI..

kau tahukah wanita..
cantiknya didunia itu tiada bandingan dengan rupa paras mu di syurga..
SYARATNYA kau jadi WANITA SOLEHAH DIDUNIA

kau tahukah wanita.. 
"seorang wanita jahat lebih buruk daripada seribu orang lelaki jahat"
kerana kau lagi bahaya dan boleh menjadi ejen maksiat terbesar dimuka bumi..

Kau tahukah wanita..
"seorang wanita lebih baik daripada 70 orang wali"
cuba kau bayangkan betapa tingginya darjat kita disisi Islam.. 
sehingga doa kita seorang disamakan dengan 70 orang wali..
TAPI sayang kita sering lupa bersyukur..
malah, dengan bangganya lagi merendahkan kembali darjat itu..

kau tahukah wanita..
kalau buat kaum lelaki..
mereka hanya mendapat 1 darjat seorang wali..
itupun jika ketaatan mereka ditahap yang paling maksima..

Kembalilah wanita..
menjadi diri mu yang sebenar persis seorang wanita muslimah..
yang sepatutnya sejuk dan tenang pada pandangan orang..

Aku juga seorang wanita..
yang bersuara atas akal, fikiran dan iman ku..
dan supaya aku kuat dan tambah kuat untuk amalkan apa yang aku suarakan..
bukan sekadar 'omong kosong' tapi muhasabah diri paling utama.. :)

Renung dirimu kembali wanita..
bagaimana sikap kawan yang ada disisi mu sekarang..
**perubahan kita dipengaruhi kuat oleh seorang teman, kawan atau sahabat**


# hanya mampu berdoa untuk mereka yang bergelar wanita dan KAWAN.. bukan SAHABAT.. ^___^






^^ berusaha menjadi yang terbaik ^^