Wednesday, March 12, 2014

Nilaian Mata Kasar


Sering kali mata kita silap menilai. hati kita silap menduga. Kita sering menyangka apa yang kita lihat itulah hakikat.. Namun sebenarnya hakikat yang dilihat itu tidak sama seperti hakikatnya yang sebenar. 

Sebatang pen yang dimasukkan dalam gelas berair kelihatan bengkok walhal ia lurus, bintang yang jauh kelihatan kecil di atas walhal besarnya beratus ganda dari bumi ini. 

Begitu juga la dengan arus dunia hari ini, seringkali kita menyangka bahawa rezeki kita berada ditangan manager kita, bos kita, syarikat kita yang berkerja. 
kita sihat kerana doktor bagi ubat. kita memandang yang kelihatan dengan mata kasar sehingga terlupa hakikat sebenar, hakikat di sebalik ujian yang kita hadap.

Semua itu kan sebagai perantara sahaja. Pemberi sebenar ialah Allah swt. malangnya pekerja yang kaya dengan rezeki yang Allah bagi namun tinggal solat, ingat solat tanda kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Muhasabah diri, kadang-kadang diri ini pun khilaf juga. Selalu saja nilaian mata kasar bertindak cepat membuat keputusan. Hasilnya nikmat yang Allah bagi terlupa sejenak. 

Sekadar berkongsi untuk memberi peringatan. Selagi bernama manusia kesilapan itu sering berlaku tapi berusaha belajar dari kesilapan lepas amat penting kerana dari silap itu kita belajar jadi matang.

#PrayforMH370 .. "jangan cakap 'prayforMH370' sahaja TAPI tadah tangannya tidak" ^__^

Wednesday, January 23, 2013

Bagaimana Menegur Orang Yang Lebih Dewasa ?

okeh betapa sukarnya nak menegur orang yang lebih dewasa nie kan.. lebih lebih lagi orang tu berpendidikan dan jawatan yang lebih tinggi dari kita..
 haa lagi la susah kalau kedudukan kita nie bukannya yang terpelajar sangat dah la tu budak mentah lagi kan.. 
tapi walau tinggi mana pun pendidikan seseorang tu mana ada insan yang sempurna kan.. mesti dia buat silap juga.. mesti okeh ! huhu
mana la tau kan orang yang lebih dewasa nie 'ter'buat silap yang mereka tak sedar atau buat2 tak sedar kan.. 
jadi kita yang perasan kesalahan tu kena la tegur daripada biarkan kesalahan2 mereka tu berlarutan.. 
tak kira lah jenis kesalahan pun dah namanya buat silap ada baiknya tegur.. TAPI kena la menggunakan cara yang betul.. 
nanti kalau tak betul lain pulak isu yang timbul..al maklum lah jiwa/hati orang2 yang lebih dewasa nie kan sensetif.. nak nak lagi orang yang menegur nie bole dikategorikan 'budak' pada pandangan mereka.. kan..?

terpaksa menegur orang yang lebih dewasa daripada kita..eya la..kalau tak ditegur kang rasa bersalah menyelubungi diri, tak aman hidup nanti...asyik ingat benda tuu ja haha.. TAPI masalahnya sekarang "cara nak tegur tu?" haishhh...

hmm..oleh kerana benda nie berlaku kat diri aku sendiri,, jadi semestinya aku nak 'share' pengalaman berharga aku nie.. heyy.. ingat senang ka nak tegur orang yang lebih dewasa nie? susah tau,, kena kuat dari segi mental dan fizikal..cehh.. hahaha

Okeh apa yang aku buat ialah :

  • Niat : 

pastikan niat menegur tu untuk memperbaiki kesalahan yang orang tu dah buat.. bukan niat nak mengejek atau memperlekehkan orang tu ya.. itu bukan menegur namanya tapi nak ajak bergaduh..bergaduh?? isshhh..orang tua tu..huhuhu

  • Berbincang secara personal @ 'face to face' :

berbincang secara baik kat tempat yang hanya kita dan orang itu sahaja.. insyaAllah dia terima sebab kita kira menghormati dia juga kan sebab berbincang tanpa didengari oleh pihak lain..
sebaiknya janganlah mengaibkan seseorang itu sebab kalau kita 'on the spot' dan depan orang ramai menegur mesti dia emosi..dah lah menegur kat tempat yang salah.. depan orang lak tu..ingat sket yang ditegur orang dewasa..haishh.. kita sendiri pon tak bole terima teguran cam tu kan..

  • ayat dan cara percakapan yang sopan dan lemah lembut :

ayat yang diguna tu kena la terbaik ok..kalau boleh ayat yang menyentuh hati nurani dan jiwa yang murni tu..alaa dengan orang tua nie guna ja ayat yang manis2 kompem cair punya hehe.. 
selain tu, cara percakapan tu kena la sopan..kan nak tegur orang tua tu,,takkan la nak buat cam kawan2 kan..siap tepuk2 bahu/tampar2 lengan.. huhuhu.. jaga adab dengan orang tua ya..  

**Ingat ya beri teguran yang membina dan bermanfaat bukan yang buruk2 ya kawan2 ku.. hehe**
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman
(Adz-Dzaariyat 51:55)
# kalau orang yang kita tegur tu masih tak berubah.. maka jalan terakhir untuk menyedarkan kesalahan yang dia dah buat adalah melalui doa ^__^

p/s : kalau orang yang ditegur tu tak boleh terima teguran maka terpulanglah pada dia.. tugas kita dah selesai sebagai penegur..hehe.. peace :)

[ Yang Tua Kita Hormati Yang Muda Kita Sayangi ]