Thursday, June 2, 2022

Indo Padang Gaya Street

 Assalamualaikum, Heyyoo!


Hari tu, sis is teracun sekali dengan makanan Indonesia khususnya nasi padang nie sebab, ada laa nampak kat TikTok sorang kakak Indo nie, content beliau hehari makan nasi padang, Tak bosan ka wehhh? Tapi tengok dia makan macam sedap ja, macam mana laa rasa dia kan.Hati sis berbicara. So disini sis mula laa terliur bagai.. 

Pendek cerita, sis ada pergi Gaya Street nak beli coconut shake dekat sana, tiba-tiba sis "terserempak" pula dengan restauran Indo Padang nie. Lepas tu dia macam eh eh eh eh ehhhhhhh.. Got you! Gittewwww. 

Apa lagi dah didepan mata, tekak pun dah lama mengidam, so apa kata kita cuba try test.

jejejenggggg

.

.

.

Credit: Uncle Google ;)


Masa nie sis tereksaited cikeddd. hahaha.. husband sis boleh tanya "syg nak order apa?" ehhhhh opkos laa si padang-padang tu khennn. eh kemain!


Nasi Padang bungkus Ayam Penyet... mmm I Love Ayam Penyet too . Yummy!


Sebijik macam kakak Indo punya tu, portion dia banyak, dia macam segempal segembuk macam tu, Semua bercampur, ada sayuran, kentang goreng, sambal etc. Lepas tu kau gaul-gaulkan laa then, makan pakai tangan.. perghhhh nikmat apa lagi yang kau dustakan. CUMA tidak pedas, kurang sikit lah nikmat tu. hahaha..


Another views. Ramai juga masyarakat makan sini, semua bangsa ada. Selera rakyat Sabah ke~wonderful Indonesia kali masa tu. hihi


My husband punya Nasi Goreng Gila Chicken Chop. Nasi goreng dia sedap TAPI kurang gila bagi sis. 
Gila = pedas

My son, Fateh 💗

 



not bad laa. Boleh repeat lagi nanti. Try menu lain pulak.
 Recommended!



Wednesday, July 14, 2021

Cara Atasi Sembelit Anak

 Assalamualaikum.. Haii..


Mesti ramai ibu-ibu yang risau kan dengan keadaan anak yang susah nak berak. Antaranya saya la ibu yang risau tu. Anak saya memang susah sangat berak, dah bawa jumpa ramai doktor pun masih sama juga. 

Padahal makanan yang anak saya makan semua berkhasiat, anak saya jenis yang suka makan sayur dan buah cuma nasi dia agak kurang sedikit melainkan nasi yang berperisa seperti, nasi ayam. Anak saya juga kuat menyusu tau (breastfeeding). So, agak-agak dimana timbul isu sembelit di situhhhh...

Saya pun pernah cuba bagi anak saya minum Toujours Kids (anak Hanis Zalikha, si Yusuf tu punya) dan Susu Juna by Fynn Jamal pun pernah cuba juga. Pun sama tak serasi. Fenin mak!

Doktor kata anak saya trauma atau takut meneran disebabkan rasa sakit yang dia rasa sebelum ni.. Hmmm... dah macam mana setiap kali nak berak asikk nangis sajaa.. Mana tahann saya nak dengar. Kesiannnn..

Jadi sekarang, apa yang saya buat jika dia susah nak teran ialah, saya bagi dia minum air masak secara kerap, kalau dia nak makan pun saya bagi juga supaya ada proses penolakan makanan baru ditelan ke dalam usus. Ini tips yang saya baca di google juga laa. hehe.. 

Selepas beberapa ketika bila anak saya rasa nak berak dan saya terus kangkangkan dia untuk proses meneran seperti tips dibawah ni. Tips ni memang menjadi. pokoknya kau kena sabar dengar si anak menangis. huhu

 Saya baca perkongsian dari rakan IG kaksitibidan.

Cara-cara mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak..



1. Dirikan si anak

2. Pijak atau tahan kaki kananya

3. Angkat lutut kiri setinggi yang boleh

4. Gerakkan badannya kekiri. Dia akan terkangkang dan duburnya terbuka

5. Si anak akan berusaha menekan lututnya ke bawah

6. Sambil itu dia akan menangis (part nie parents kena sabar dengar suara anak nangis)

7. Proses nombor 5 & 6 akan mengaktifkan otot-otot meneran. Automatik dia akan meneran ke tahap maksimum

8. Lepas tu, DUMM! lega...


Selamat mencuba :)


photo: Ahmad Fauzie

Tips: Zainudin Mat Isa

Sumber: My Media Hub via 9bulan10hari