Saturday, 6 October 2012

Alahaii Wanita .. ~


Salam cuti.. hehe.. salam sabtu.. ^__^ .. ehh2 nak pegi mana tuu.. soping? alaa tunggu la,, baca dulu luahan hatiku nie.. lepas tu kalau nak pegi mana2 pon pegi laa.. haha.. **aihh memaksa ka tu**

korang tahu ? tadi aku stalker fb kawan2 lama yang kenal dari kecik dan sejak sekolah rendah + menengah.. lama tak dengar khabar berita, walaupon tak secara formal/face to face tanya khabar tapi yang penting kita masih ambil tahu tentang dorang walaupon mereka2 tu MUNGKIN dah tak kenal kita..

tiba2 aku jadi emosi.. jadi sebak.. sedih.. dan seumpamanya... **berfikir betulkah kawan aku nie**
^
^
^
^

korang tahu aku juga seorang wanita..
fikiran, hati dan perasaan juga seperti wanita biasa..
wanita mana yang tak sedih, sebak dan kesian melihat kaumnya yang kebanyakannya hanyut
ke mana pergi harga diri mereka ? 
sungguh aku tidak sanggup melihat apa lagi wanita2 itu pernah menjadi teman sepermainan suatu ketika...

kau tahukah wanita..
dulu sebelum datangnya agama suci Islam, wanita seperti kita sangat RENDAH nilainya..
ibarat barang murah/bundle yang boleh dijual beli sesuka hati tanpa belas..

kau tahukah wanita..
pernah sahabat Nabi menanam puterinya hidup2 sebab MALU mempunyai anak perempuan..
bayangkan betapa hina dan keji yang namanya WANITA dizaman itu..

TETAPI setelah datangnya agama ISLAM..
darjat wanita telah diangkat setinggi-tingginya.. ^___^

**mood sebak kembali**

TAPI KINI adakah lagi harga nilai seorang wanita yang diangkat tinggi itu ?
apabila dirinya sendiri telah menghilangkan nilai itu dengan mendedahkan diri sehingga hilangnya harga diri.. 

kau tahukah wanita..
apa ertinya kecantikan jika tidak tahu jaga kehormatan diri..
dengan bangganya bersaing dengan kaum sejenis kerana merebut seorang LELAKI..

kau tahukah wanita..
cantiknya didunia itu tiada bandingan dengan rupa paras mu di syurga..
SYARATNYA kau jadi WANITA SOLEHAH DIDUNIA

kau tahukah wanita.. 
"seorang wanita jahat lebih buruk daripada seribu orang lelaki jahat"
kerana kau lagi bahaya dan boleh menjadi ejen maksiat terbesar dimuka bumi..

Kau tahukah wanita..
"seorang wanita lebih baik daripada 70 orang wali"
cuba kau bayangkan betapa tingginya darjat kita disisi Islam.. 
sehingga doa kita seorang disamakan dengan 70 orang wali..
TAPI sayang kita sering lupa bersyukur..
malah, dengan bangganya lagi merendahkan kembali darjat itu..

kau tahukah wanita..
kalau buat kaum lelaki..
mereka hanya mendapat 1 darjat seorang wali..
itupun jika ketaatan mereka ditahap yang paling maksima..

Kembalilah wanita..
menjadi diri mu yang sebenar persis seorang wanita muslimah..
yang sepatutnya sejuk dan tenang pada pandangan orang..

Aku juga seorang wanita..
yang bersuara atas akal, fikiran dan iman ku..
dan supaya aku kuat dan tambah kuat untuk amalkan apa yang aku suarakan..
bukan sekadar 'omong kosong' tapi muhasabah diri paling utama.. :)

Renung dirimu kembali wanita..
bagaimana sikap kawan yang ada disisi mu sekarang..
**perubahan kita dipengaruhi kuat oleh seorang teman, kawan atau sahabat**


# hanya mampu berdoa untuk mereka yang bergelar wanita dan KAWAN.. bukan SAHABAT.. ^___^






^^ berusaha menjadi yang terbaik ^^





Heyy KamooTerima kasih Sudi Baca^^..Say Something Peliss~

Terima Kasih Daun Keladi..^__^.. Nanti datang Lawat Lagi Yaa ~ ! [ Babaii :P ]