Tuesday, 12 May 2015

Tolong berdikari sendiri, boleh ?

Benda nie kan sebenarnya semua orang da tau , tapi masih juga tak faham-fahamkan .. masih juga nak menyusahkan orang lain semata-mata untuk kesenangan diri sendiri .. mana aci macam tu .. orang lain punya usaha kau pula yang bersenang-lenang . 

Nak kata OKU pun tak juga , normal ja dari aspek fizikal tapi dari segi mental mungkin ada ting tong sikitkan .. eya laa,, da fikir kepentingan diri ja mesti la ada sakit mental tu .. 'selfish' betoll

Sebenarnya orang yang jenis nak bergantung harap dengan org lain nie kan, bole buat semua benda cuma ada sifat Mazmumah yg amat tebal dlm diri iaitu sikap MALAS nak berusaha ! atau mmg itu kot sikap dia sejak azali lagi .. TAPI mustahil laa kn.. 

Aku sebenarnya malas nak layan jenis org bersifat negatif mcm nie tapi apsal la jenis nie juga la yang ada di sekeliling aku nie . stress laa ! nak bagi nasihat 'on direct' takut kang bunuh diri .. bhahaha .. bahaya tau orang mcm nie .. 

Tapi seriusly , jenis orang mcm nie memang ada ja kat sekeliling aku nie ,, asal  tak dapat apa yg dia nak , mula la nak merajuk berbulan-bulan. adeyyyyy ..


Kau rasa nak buat apa dengan orang perangai cam nie ?? Tikamdia? Pedulikan ??  Okeh -.- 
s

Heyy KamooTerima kasih Sudi Baca^^..Say Something Peliss~

Wednesday, 12 March 2014

Nilaian Mata Kasar


Sering kali mata kita silap menilai. hati kita silap menduga. Kita sering menyangka apa yang kita lihat itulah hakikat.. Namun sebenarnya hakikat yang dilihat itu tidak sama seperti hakikatnya yang sebenar. 

Sebatang pen yang dimasukkan dalam gelas berair kelihatan bengkok walhal ia lurus, bintang yang jauh kelihatan kecil di atas walhal besarnya beratus ganda dari bumi ini. 

Begitu juga la dengan arus dunia hari ini, seringkali kita menyangka bahawa rezeki kita berada ditangan manager kita, bos kita, syarikat kita yang berkerja. 
kita sihat kerana doktor bagi ubat. kita memandang yang kelihatan dengan mata kasar sehingga terlupa hakikat sebenar, hakikat di sebalik ujian yang kita hadap.

Semua itu kan sebagai perantara sahaja. Pemberi sebenar ialah Allah swt. malangnya pekerja yang kaya dengan rezeki yang Allah bagi namun tinggal solat, ingat solat tanda kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Muhasabah diri, kadang-kadang diri ini pun khilaf juga. Selalu saja nilaian mata kasar bertindak cepat membuat keputusan. Hasilnya nikmat yang Allah bagi terlupa sejenak. 

Sekadar berkongsi untuk memberi peringatan. Selagi bernama manusia kesilapan itu sering berlaku tapi berusaha belajar dari kesilapan lepas amat penting kerana dari silap itu kita belajar jadi matang.

#PrayforMH370 .. "jangan cakap 'prayforMH370' sahaja TAPI tadah tangannya tidak" ^__^
Heyy KamooTerima kasih Sudi Baca^^..Say Something Peliss~

Terima Kasih Daun Keladi..^__^.. Nanti datang Lawat Lagi Yaa ~ ! [ Babaii :P ]