Thursday, January 17, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

ehemm2..hehe.. kebetulan g lawat blog akak Emas putih nie maka ternampak & terbaca lah segmen anjuran beliau..

Dan tercatat la kisah aku join segmen dia.. huhu..

Nak join juz klik the banner ya.. pEacE ^__~

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih



Tak sangka dia PENGKID !!

Haaa.. tak sangka aku dapat rasa pengalaman sendiri berdepan dengan golongan pengkid nie.. sebelum nie aku dengar dan baca sahaja. Tak sangka sekarang aku 'face to face' okeh !

Petang tadi aku keluar ngan kawan.. jalan punya jalan punya jalan.. hehe.. sambil 'window shopping' gitu.. alih2 kami terserempak ngan budak opis kawan aku tu.. penampilan dia agak ke-le-laki-an gitu tapi masih bole tau dia laki or perempuan.

Aku tau dia perempuan sebab aku pena jumpa dia..lagi pun kawan aku tu ada gitau juga tapi masa jumpa dulu tu kitorang tak bertegur la,, setakat berbalas senyum ja.. **senyuman tu kan satu sedekah** :)

TAPI bila terjumpa hari nie,, dia siap bawa berjabat tangan kaw ! mula2 tu terkejut juga sebab tiba2 ja.. aku sambut juga la lagi pun perempuan sama perempuan kan takkan nak tolak,, tak manis shungguh sikap gitu.. 

Masa bersalam tu dia cakap "hye, bole berkenalan?" Eh apsal kenyit2 mata segala niehh!
Aku pun senyum ja dan mula lah gelabah tapi tetap cool,, buat2 relax sebenarnya dalam hati huhh..nauzubillah.. 

Then tak abis lagi gelabah aku, dia tanya lagi "dah ada boyfriend ka?" "tinggal kat mana?"
gulpp..meremang bulu roma.. aku tarik kawan aku dan terus blah dari situ.. tinggalkan dia sorang2.. haishh.. bawa2 la bertaubat.. 

Lepas tu kawan aku cerita la kat aku tentang identiti pelik dia tu.. hmm.. hanya mampu berdoa supaya orang2 yang sesat nie kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT.. 

~ Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa 9maksudnya0 : "Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang meyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

~ Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata (maksudnya) : "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (Riwayat Abu Daud dengan Sanad Sahih).

 semoga kita terhindar dari godaan syaitan yang bermacam2 bentuk dan rupa.. aamin..