Friday, September 28, 2012

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

hari nie buat pertama kalinya aku join segmen seorang blogger nie..namanya zyraroxx .. eh2 zyra juga..hukhuk.. .. segmen nie sebenarnya lama da beroperasi tapi aku baru join laa.. al maklong la 'budak baru' kan... huhu

tapi..tapi.. yang penting segmen nie belum tamat tempoh lagi laa kan.. hehe.. masi bole digunapakai.. haha.. kalau da 'expired' buat apa nak join ya tak..?! hehe.. meh2 join sesama.. :)



haa.. kalau nak join yuu ollss juz klik sini yeww.. ^^.. segmen nie mencapai tarikh luput pada 30/9/2012 nie.. opss alamak 2 hari lagi?? cepat2..! *kalau terlambat hidup yuu olls akan diselubungi misteri** hahaha..

ok.. syaratnya tak menyulit & menyusahkan..nak tau syarat?? eh join la dulu.. hehe.. aipp.. kena letak jumlah follower terkini laa.. follower aku cikai saja.. tapi tak apa.. 'senior' kata slow2.. hikhikhik.. tengoklah tajuk tu kan katanya "follower datang bertubi2" haa.. apa lg meh klik sini lagi  .. hewhew.. :)

# D O N E . . . ! !

psstt... [ jadi sejarah suda ^___^ ]


12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah ^__*

#Salam Jumaat =)